assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

21 Januari 2012

kesusahan vs kesenangan

hidup 
memberi 1000 erti kepada kita 
segala yang terjadi sudah tercipta sendirinya , 
aku tidak meminta apa apa kecuali kebahagian hidupku , kesenangan dan kesusahan itu mengajar seseorang menjadi lebih dewasa lagi . apa lagi yang mahu ? nyawa telah diberikan kepada kita , sepatutnya ucapkan terima kasih harus dikeluarkan kerana dapat merasai nikmat dari NYA  . aku bukan memarahinya ,aku bukan menyakitinya , sesungguhnya aku tidak faham dengannya , walaupun usia aku berbeza dengannya . aku mahu dia faham tentang kewujudannya di sini . aku selalu memanjatkan doa agar mereka berubah , berubah demi kebaikan bersama . aku kelihatan gembira sehari harian , aku ceria di samping orang , padahal aku memendam rasa dan aku hilangkannya dengan deraian tawaku , aku hilangkan dengan lawak jenakaku , siapa yang boleh faham aku , kalau bukan aku sendiri , aku rela memandang orang lain dengan 1000 rasa , aku hanya mampu melihat dan aku tidak mengharapkan aku dapat seperti mereka , tetapi aku berusaha sendirian untuk mendapatkannya . kadang kadang aku lupa padaNYA , aku lupa bahawa DIA lah pendengar setia segala masalah ku , aku lupa bahawa DIA akan memberi pertolongan kepada hambaNYA yang terus menerus berdoa kepadaNYA . aku terleka dengan duniaku . apa lagi yang perlu aku buat ? aku bingung . dan terasa kosong jiwaku sekarang , mereka mereka terasa kebahagian , sedangkan aku ? aku ? .. sik tahu lagi mahu madah apa . aku mengharapkan mereka nampak jalan yang lurus jalan yang benar ,  aku sayang mereka , aku mahu seperti apa yang aku lihat , aku mahu seperti apa yang aku nampak . aku tidak mahu terseksa begini , aku lebih rela berjauhan , bukan kerana lari dari segalanya , bukan kerana aku tidak sayang pada mereka . tetapi aku mahu mereka ringan tanpaku yang ketika ini memerlukan itu dan ini . aku tidak mahu mereka susah keranaku . cukuplah , bukan aku meminta simpati ,aku hanyalah aku yang mempunyai hati dan perasaan . 
cukuplah cukuplah, tidak perlu memahami , jika terasa runsing memikirkannya.

Tiada ulasan :

 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI