assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

04 Ogos 2013

Bermula Dah Cuti

orang dah start cuti dekat kampung ni dah lama dah.
aku je baru terhegeh hegeh nak balik kampung,then goyang kaki.

Ikut kiraan kepala otak aku ni balik kampung ni best!
tapi aku kalau dah balik kampung, tak sah kalau tak
BERGADUH!

gua dah 21 tahun 10 bulan beb!
nak gaduh ngan adik adik ni penat tau.
nak layan kerenah samdol diorang tu..
rasa macam nak berlari 2000 meter tanpa henti.

lepas tu, belum cukup aktiviti gaduh.
datang kehendak aku yang pemalas ni, nak kena kemas rumah,
mak balik kerja tengok satu hapah tak terusik
pasti pasti kena berleter 24jam tanpa henti
auchhh

ibarat kena tembak dengan peluru paling tajam doh.

lastly, wa rileksss je..
buat muka cool.
pastu orang pun benci dan macam nak halau aku balik sarawak!
padan muka.

31 Julai 2013

Do It Crazy

Assalamualaikum.

Hari ini, Genap sebulan aku ber honeymoon di Sarawak. Pendek cerita sepanjang sebulan di sini tak banyak kehendak tercapai melainkan kehendak berhibur sahaja yang boleh dikatakan 80%, alasannya: The Summer Mall baru je buka. Memang kebiasaan mall baru bukak ni murah-murah belakakan? jadi aku dengan lasaknya berlari-lari dengan tipunya mengelilingi seluruh pelusuk mall dengan hati yang berdebar.

sebab takut duit habis,terbeli barang.

okay,bukan itu yang hendak dinyatakan dengan lebih jelas dalam entri ini, Sebenarnya, nak cerita pasal tajuk tu. Apa yang DO IT CRAZY ?  

haa... ini satu game untuk LOISSON OFFICER 2013/2014 Universiti Malaysia Sarawak. Aku antara 300 orang yang terpilih dari 900 orang yang mohon. Syukur.

Tapi, do it crazy ni special untuk kolej cempaka je tau, Kolej cempaka salah satu nama kolej yang terdapat dalam unimas. Kami dikehendaki membuat satu aksi yang agak crazy. Kecrazy-an itu mestilah dibuktikan dalam bentuk gambar.

dan ini :


gambar yang aku bagi untuk melaksanakan tugasan yang diberikan. Aku rasa ini tak cukup crazy. Memandangkan aku malas nak amik gambar banyak-banyak,hanya ini yang dapat aku selitkan.



28 Julai 2013

Chicken Hartz

Assalamualaikum

wahai saudara dan saudari
amboi formal pulak ek.


okay. ini waktu waktu perut tengah ditiup angin badai disebabkan menahan lapar semate mate kerana nak amkan dekat Sarawak Plaza ni. Bayar Rm20 satu kepala then melantak la makanan kat sini selama 2jam, dua jam okay. Before datang sini kena belajar dulu tips untuk makan. Sebabnya kalau tersilap makan. Eh maksud aku tersilap makan tu, kalau makan makanan yang berat dulu maknaya kita akan berasa kenyang awal..ye dak?


hee.. we love makan makan bersama.

kami orang datang sini bersebab.
Sebabnya, kami nak celebrate birthday 3 orang sahabat ni sekaligus. Senang.
MAS,LAN,HAFA


hoo yeah.. ini kek mereka..
al kesah kek ni tak dapat dijamah dengan habisnya kerana perut kami amatlah kekenyangan .

apabila perut dah kenyang sakan bolehlah bersantai , berurut2 seketika sambil diperhati orang.Malu2



sahabat aku di UNIMAS. 11 orang. Gaduh Bertekak Tarik muka dengan yang ini jela, hahaha. 





 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI