assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

21 Julai 2013

Tidur Sebilik

Assalamualaikum.

satu semester.
bulan 2 sampai bulan 6.
kamu sama
sebilik lain bantal.

terguris? gila ke tak pernah rasa. aku boleh katalah mana-mana yang baru nak duduk 1 bilik ni memang payah lah mula-mulanya nak sesuaikan diri even dah berkawan nak dekat 2 tahun. 

tapi kami okay.
otak gila-gila
hati tak sama
fikiran kadang-kadang tergendala.
tapi tak mengapa.
ikhlas berkawan.
ada ganjaran,






ini classmate.
malam perhitungan untuk subjek expanded media.
killer!
project 2.




aku cuma cakap.
aku sayang.
aku nak kekal.
kekal.
dingin selalu,
bertekak kadang-kadang
hati risau.
khuatir.

Ya Allah,kekalkan hubungan kami seperti kami baru kenal.
gelak ketawa. Riang tanpa sebarang masalah :)

ameen.



Ceramic Sculpture & Individual Ceramic (year2)

assalamualaikum.

since habis sem 4 hari tu, barulah aku rasa hidup ini seakan-akan tenangtanpa sebarang kerja. Otak ini rasa kosong tanpa assignment dan projek yang menyeliratkan urat saraf aku. tergeliat jadinya.

entri ini merupakan projek untuk major aku. SERAMIK

aku gabungkan sekali untuk kelas Prof lale dan Miss Funda , yang mana pada awal kelas ini aku rasa SHOCKKKK , sebabnya diorang ni dari Turki. So secara rasminya diorang ajar kami dalam bahasa kedua. oh mak oh mak..

alhamdulillah,setelah mereka ajar kami, inilah hasilnya.KAMI FAHAM mereka cakap apa.

REBELLION/PEMBERONTAKAN

ini tajuk yang kami dapat, lontaran idea terpulang, tapi setiap idea kami mestilah dipersetujui oleh miss funda dulu. Setiap minggu beliau akan tengok perkembangan kami, bergerak ke tak budak-budak ni !

bagi aku yang dah insaf ini , mulakan kerja dari awal sem, sungguh-sungguh sungguh aku sem ni, setiap hari aku lepak bengkel nak buat kerja. Tapi tak siap-siap jugak yek? kompom banyak membebel dari buat kerja.

BERBALIK.

aku decide untuk buat orang tapi bukan dalam struktur badan manusia yang real, tapi dalam bentuk abstrak. So, jangan pertikaikan. eh lain beno rupenye...
aku kena buat 4, tapi pengakhirannya aku hanya buat 3 sahaja. Ada sebabnya. Aku buat badan ni berdasarkan pergerakan kawan-kawan aku yang berjaya aku rakamkan.

so,al kesahnya suatu hari aku bengang dengan sorang kawan ini sebabnya dia pecahkan aku punya work untuk keja Prof, aku angin aku pun tangguh la nak buat sculpture dia, tangguh punya tangguh aku yang xsempat nak buat . Padan muka aku kan..














RETAK 1000

inilah hasilnya, di setiap bangun mesti ada jatuhnya kan?
*ayat tunggang langgang.kehkehkeh




tangga aku pecah sebab disentuh time leatherhard.
so tak boleh tahan lama.




18 Julai 2013

Plan hidup di Universiti

assalamualaikum..

hari ini mood menaip aku datang tergesa-gesa mencari aku untuk menari-nari di atas keyboard ini. Serius sekali aku sedang kebosanan tahap melampau ini ha. Aku blogger pinggiran lagi diketepikan, dek kerana semangataku yang kurang maximum dalam menaip entri dalam mood rajin, sering sahaja aku mengabaikan blog ini tanpa rasa berdosa dan sesal. *perlukah?

aku masih lagi di sarawak menjalani sisa-sisa hidup selama 13 hari lagi, lepas tu aku dah terbang ke semenanjung. Girang sungguh hati rasanya bila dapat balik melaka, kehidupan di samarahan masa cuti ini memang membosankan,sangat,sungguh. Kawan kawan semua dah balik, tinggal aku dan mas je yang masih berperang dengan katil..
maksudnya asyik nak terbongkang sahaja^^

*kalendar simple by aku.hahah

Dalam plan aku sebenarnya nak amik shortsem, memandangkan aku telah berubah fikiran,yang boleh dikatakan fikiran yang kurang cerdik ini, aku telah cancelkan plan itu lalu aku berfikiran untuk menetap di rumah sewa ini untuk menelaah subjek PTA sahaja.
*agak-agak faham ke tak ayat yang aku karang ini,berselirat bukan?maaf....

Untuk jangka waktu yang agak panjang jugak ni aku telah ke CAIS untuk meminjam buku tentang SMOKE FIRING dengan tujuan aku dapat mantapkan ilmu aku tentang pembakaran asap ini, bersempena dengan projek tahun akhir kau yang semakin hampir. Aku tak nak lah naik semester baru ni aku terhegeh-hegeh nak cari buku dan nak fahamkan. Nanti mahu tak nya supervisor aku hempuk dengan buku seramik setebal 4++ tu.

Seceranya fizikalnya, aku sangat serabut untuk topik ini, mana taknya En Z hanya cakap "kamu kena baca banyak baru kmau faham". "hah,apa yang kamu faham tentang smoke firing?" . aiyaaa, beliau tidak explain dengan baiknya, mana aku nak faham kan? haha, sebetulnya kau ni nak orang suap je,ye dak?. tak gigih langsung bukan?

Jadi, untuk menunjukkan aku ini seorang yang gigih, aku telah pun meminjam buku-buku dengan tamaknya, sehingga naik sem aku tidak akan pulangkan, dan menjadikan kawan-kawan lain tidak dapat memiliki buku itu. Adakah aku sedang pentingkan diri? . Haha, ini adat namanya, sapa dapat dulu buku itu, dia yangmemilikinya, dah puas guna baru lah kenal erti pemulangan dan erti DENDA! kahkahkah..

Cakap pasal denda buku ini. Aku setiap sem akan kumpul Dalam Rm30 macam tu untuk bayar hutang, tetapi sem ini aku hanya perlu membayar Rm13 sahaja, hebat ke tidak?

ok sambung.

Buku yang aku pinjam tu kebanyakan tentang pembakaran asap, next entry in sha Allah aku akan ceritakan tentang pemahaman aku mengenai buku tu.

Lagi satu nak cari artist malaysia yang explain tentang smoke firing memang payah la, naik jenuh jugak tangan ni menyelak satu persatu helaian buku.

okay takat ini je.
lain kali jumpa lagi.

assalamualaikum.


 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI