assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

18 Julai 2013

Plan hidup di Universiti

assalamualaikum..

hari ini mood menaip aku datang tergesa-gesa mencari aku untuk menari-nari di atas keyboard ini. Serius sekali aku sedang kebosanan tahap melampau ini ha. Aku blogger pinggiran lagi diketepikan, dek kerana semangataku yang kurang maximum dalam menaip entri dalam mood rajin, sering sahaja aku mengabaikan blog ini tanpa rasa berdosa dan sesal. *perlukah?

aku masih lagi di sarawak menjalani sisa-sisa hidup selama 13 hari lagi, lepas tu aku dah terbang ke semenanjung. Girang sungguh hati rasanya bila dapat balik melaka, kehidupan di samarahan masa cuti ini memang membosankan,sangat,sungguh. Kawan kawan semua dah balik, tinggal aku dan mas je yang masih berperang dengan katil..
maksudnya asyik nak terbongkang sahaja^^

*kalendar simple by aku.hahah

Dalam plan aku sebenarnya nak amik shortsem, memandangkan aku telah berubah fikiran,yang boleh dikatakan fikiran yang kurang cerdik ini, aku telah cancelkan plan itu lalu aku berfikiran untuk menetap di rumah sewa ini untuk menelaah subjek PTA sahaja.
*agak-agak faham ke tak ayat yang aku karang ini,berselirat bukan?maaf....

Untuk jangka waktu yang agak panjang jugak ni aku telah ke CAIS untuk meminjam buku tentang SMOKE FIRING dengan tujuan aku dapat mantapkan ilmu aku tentang pembakaran asap ini, bersempena dengan projek tahun akhir kau yang semakin hampir. Aku tak nak lah naik semester baru ni aku terhegeh-hegeh nak cari buku dan nak fahamkan. Nanti mahu tak nya supervisor aku hempuk dengan buku seramik setebal 4++ tu.

Seceranya fizikalnya, aku sangat serabut untuk topik ini, mana taknya En Z hanya cakap "kamu kena baca banyak baru kmau faham". "hah,apa yang kamu faham tentang smoke firing?" . aiyaaa, beliau tidak explain dengan baiknya, mana aku nak faham kan? haha, sebetulnya kau ni nak orang suap je,ye dak?. tak gigih langsung bukan?

Jadi, untuk menunjukkan aku ini seorang yang gigih, aku telah pun meminjam buku-buku dengan tamaknya, sehingga naik sem aku tidak akan pulangkan, dan menjadikan kawan-kawan lain tidak dapat memiliki buku itu. Adakah aku sedang pentingkan diri? . Haha, ini adat namanya, sapa dapat dulu buku itu, dia yangmemilikinya, dah puas guna baru lah kenal erti pemulangan dan erti DENDA! kahkahkah..

Cakap pasal denda buku ini. Aku setiap sem akan kumpul Dalam Rm30 macam tu untuk bayar hutang, tetapi sem ini aku hanya perlu membayar Rm13 sahaja, hebat ke tidak?

ok sambung.

Buku yang aku pinjam tu kebanyakan tentang pembakaran asap, next entry in sha Allah aku akan ceritakan tentang pemahaman aku mengenai buku tu.

Lagi satu nak cari artist malaysia yang explain tentang smoke firing memang payah la, naik jenuh jugak tangan ni menyelak satu persatu helaian buku.

okay takat ini je.
lain kali jumpa lagi.

assalamualaikum.


Catat Ulasan
 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI