assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

14 September 2012

Air deras yang mengalir

hai . 13 september ???? sekejab saje dah lima hari aku di sarawak ni.Setakat lima hari ini dah banayk dah duit aku habis sebabnye ,aishh biasalah kan mula mula semester baru semua tak cukup ,baju baju dah kurang muat ,seluar dah buruk sangat ,semuanya nak ganti baru .Disebabkan itulah jugak mengalirnya duit bagai air yang deras.Untuk lima hari ini sahaja dah lebih lima kali jugak aku keluar pergi cari barang ini,ergi cari barang itu.Fulamak ai...dengan riang gembira pergi ATM cucuk duit.Duit kerja sebulan setengah plus duit ptptn pun mulalah susut.

Al kisah pendeknya start minggu kedua ini ,pasang niat kuatkan semangat untuk tidak selalu dan kerap keluar jalan jalan.Maaflah kawan kawan aku bukan tak nak keluar bagai tapi aku terpaksa berjimat sedikit untuk masa hadapanku lah.Nanti time seteres seteres kita keluar lah ye.

Sem ni aku dapat bilik single mingle. NO couple couple is trouble.No triple tpiple sesakkan otak aku je! SINGLE wey ..idaman kalbu sejak dari semester satu lagi tau .Termaktublah dalam perlembagaan kolej cempaka cemerlang dan gemilang ini bagi aku stay bilik single.Teramat suka hati lah aku sebab idaman kalbu aku dimakbulkan.Yang meyedihkan aku pulak yuran untuk bilik single ni mahal la rm500++ macam tu lah lebih kurang.Bila first time aku dengar .'Alah bukan rm500++ la wey,murah lagi aku rase,takkan semahal tu kot' .Tup tup bila aku tanya senior atas dia kata betula lah tu yurannya macam tu.Di saat itu aku pun cakap dalam hati 'ah,telokop lagi duit aku macam ni' hahaha ..

Tapi tidak megapalah jajnji aku dapat stay kolej lagi semester ini .

Hah,cakap cakap pasal bilik single aku ni lah kan , aku nak menghiasnya seindah yang mungkin,supaya bila aku masuk je bilik ni ,aku tak nak keluar keluar lagi dah.hahaha.melampaulah macam tu kan .Aku nak bagi keselesaan pada diri aku untuk musim ni ,nanti boleh belajar dengan tenagn without gangguan ,pastu dapat naikkan pointer.

Eh,sembang sembang pasal koej le pulakkan,sem ni kawan kawan aku ada yang tinggal luar,disebabkan itu aku dapat merasa lah yang aktiviti bersama kitaorang akan berkurangan ,dan aktiviti itu akan wujud kalau kami merancang untuk berHoliday bersama.Target sem ni nak jalan ke DAMAI,tak pun pergi MATANG. eh..tempat tempat ni tujuannye bukan apalah,Untuk mandi manda .

dah lah dah lah ,lain kali pulak aku berceloteh ,banyak benda aku nak cerita tapi korang bukan nak baca pon kan .hee.tak berharap pon

cuti sudah habis !

Hari ini hari jumaat :) teringin pulak nak menaip lepas cakap ngan awak sya.

Dua bulan cuti ,dah pun tamat . Balik unimas balik dengan semangat yang membare demi menggapai cita-cita.Sepanjang cuti ini banyak sangat benda yang terjadi dalam hidup ini ,itu semua dijadikan sebagai pengalaman dan teladan je untuk masa akan datang .

Dua hari sebelum aku balik ke u , aku dikhabarkan dengan berita yang menyayat hati NENEK aku telah meninggalkan dunia buat selama lamanya.Aku mengaku yang aku ini tak berapa rapat dengan nenek aku yang tu ,mungkin disebabkan aku tidak dibelanya masa kecik kecik dulu .Tapi aku merasa kehilangan nenek yang tak kan ada di hadapan mata aku ini . Aku hanya mampu sedekahkan bacaan suci Al quran sahaja pada arwah .

Bila cakap pasal kematian ini ,aku merasa sangat takut untuk merasai KEHILANGAN , lagi lagi mereka mereka yang aku sayang , pilu benar hati . Aku takut untuk jalani hari hari kehilangan orang yang aku sayang .

______________________________________________________________________________

aku balik unimas dengan perasaan berkobar kobar ,sebab sem ini aku nak ubah result aku tu ,dah tersedar dari lamunan dah yang duduk dekat u ni tak boleh suka suka nak goyang kaki , kalau tidak nanti boleh dikatakan kena makan kaki lah . Aku rasa berdebar untuk belajar seramik kreatif dan hybrid sebab aku takot . Semoga aku dapat jalani kehidupan sem ni dengan cemerlang dan bahagia di samping kawan kawan yang tersayang :)

______________________________________________________________________________

banyak benda nak taip .tetapi kurang daya dan mood .


27 Ogos 2012

Bosan Berfikir

Asslamualaikum .

hariini hari isnin , bermulalah persekolahan budak budak yang masih sekolah kan. Dan bermulalah aktiviti aku duduk rumah seorang diri dengan bertemankan peralatan peralatan rumah yang tidak bernyawa itu ,maka dengan itu aku istiharkan ini adalah minggu yang bosan .

Bila aku sebut perkataan bosan depan mak aku ,dengan pantasnya mak aku marah ,katanya jangan sebut perkataan itu , katanya lagi kalau kita sebut perkataan itu nanti Allah bagi kita betul betul apa yang kita cakap tu .jadi aku putuskan untuk mencari satu aktiviti yang akan membuatkan hidupku tidak bosan .apakah itu ? ya aku dah tahu iaitu Membaca Novel .

Tapi bukan novel hak milik dan kepunyaan aku ,tapi ia hak milik kawan aku iaitu Syuhada . Untunglah dapat kawan yang rajin membeli novel ini ,nasib baik dia tidak kedekut dapat lah aku merasa pinjam novel beliau . Jadi disini ada tiga buah novel .

Lagi satu yang aku nak bercerita di sini ialah tentang adik aku yang last sekali tu iaitu acad . Asyik kena marah je ,mesti die dah tension gila duduk rumah ,untuk pengetahuan semua umur dia baru je menginjak ke angka 9 .Jadinya perangai pun tak semenggaah lagi , nakal semcam ,dapat pulak akak yang macam aku ini ha .habislah dia .tak sekepala pulak tu ,apa yang berada di fikiran dia pun aku tak tahu dan aku tak faham .

aku dah nasihatkan emak aku supaya hantar je adik aku di sekolah arsama ,memang lah agak kejam perbuatan dan cadangan aku ini ,tapi aku nak yang terbaik untuk dia ,aku tak nak dia bercampur dengan orang yang tak betul sangat kat kampung ni . aku nak pelajaran dia sempurna ,dan berkawan dengan orang yang berguna .aku tak nak rosakkan masa depan dia .

cadangan aku ni ditolak mentah mentah alasannya , nanti parent aku tu kesunyian . Al maklumlah along aku bekerja di kuala lumpur ,aku pulak belajar di sarawak .adik aku tu spm tahun ni dan tahun depan ke PLKN , Jadi nanti mak dan ayah aku kebosanan tahap dewa pulak tak de anak yang temankan mereka di kampung .

jadi di sini aku ingin menyatakan yang aku sayang adik aku sangat sangat ...

 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI