assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

14 September 2012

cuti sudah habis !

Hari ini hari jumaat :) teringin pulak nak menaip lepas cakap ngan awak sya.

Dua bulan cuti ,dah pun tamat . Balik unimas balik dengan semangat yang membare demi menggapai cita-cita.Sepanjang cuti ini banyak sangat benda yang terjadi dalam hidup ini ,itu semua dijadikan sebagai pengalaman dan teladan je untuk masa akan datang .

Dua hari sebelum aku balik ke u , aku dikhabarkan dengan berita yang menyayat hati NENEK aku telah meninggalkan dunia buat selama lamanya.Aku mengaku yang aku ini tak berapa rapat dengan nenek aku yang tu ,mungkin disebabkan aku tidak dibelanya masa kecik kecik dulu .Tapi aku merasa kehilangan nenek yang tak kan ada di hadapan mata aku ini . Aku hanya mampu sedekahkan bacaan suci Al quran sahaja pada arwah .

Bila cakap pasal kematian ini ,aku merasa sangat takut untuk merasai KEHILANGAN , lagi lagi mereka mereka yang aku sayang , pilu benar hati . Aku takut untuk jalani hari hari kehilangan orang yang aku sayang .

______________________________________________________________________________

aku balik unimas dengan perasaan berkobar kobar ,sebab sem ini aku nak ubah result aku tu ,dah tersedar dari lamunan dah yang duduk dekat u ni tak boleh suka suka nak goyang kaki , kalau tidak nanti boleh dikatakan kena makan kaki lah . Aku rasa berdebar untuk belajar seramik kreatif dan hybrid sebab aku takot . Semoga aku dapat jalani kehidupan sem ni dengan cemerlang dan bahagia di samping kawan kawan yang tersayang :)

______________________________________________________________________________

banyak benda nak taip .tetapi kurang daya dan mood .


Tiada ulasan :

 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI