assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

23 Disember 2015

Inspirasi

Hi,

Nak biasakan diri mengupdate blog hari-hari kena paksa diri. #akakcuba

Putus asa?

Nak hampir-hampir tu adalah, sebab mengapa dan kenapa boleh terfeel macam 


  • bila buat sesuatu tu selalu saje tak kena & tak menjadi
  • bila tiada sorang pon nak support apa yang kita nak buat tu
  • Ikutkan kata hati yang berfikiran -ve
Jadi bila gejala macam ni bernari-nari dalam hidup kita memangsangat-sangat tak boleh dibiarkan. Kita kena fight apa yang kita nak tu betul-betul, buat dengan bersungguh-sungguh walau akhirnya kita gagal. Ehem...ehem...gagal tak bererti putus asa kan. 

Jadinya kita kena buat lagi sampai menjadi, supaya kita dapat mencabar diri kita sehingga kita kenal dan tahu potensi diri kita.

throwback.

teringat masa STPM dulu, 

target masuk tingkatan 6 dulu memang terpaksa sebab itu je medium yang membolehkan masuk U dengan pantas selepas kegagalan melayakkan diri ke Matrik dan asasi. Masa tu memang fikir ting. 6 ni memang takde standard, sebabnye kena pakai baju sekolah balik, ikut peraturan. *huh boring

Then, lepas fikir dengan betul & ingat balik matlamat, aku jadi sungguh-sungguh nak belajar. TAK KIRA KAT MANA AKU BERADA SEKARANG,AKU KENA FOKUS DAPATKAN APA YANG AKU NAK.

lepas kita dah jelas jelas gitu, kita kena istiqamah buat apa yg orang berjaya buat, kalau ikut balik perangai masa form 1- 5 memang jawabnya tak merasalah duduk U.

Kesudahannya, Aku dapat apa yang aku impikan walau kena tempuh macam-macam rasa, kata dll.

masa ting 6 tu aku pegang ni D.U.I.T

Doa
Usaha
Ikhtiar
Tawakkal

Yes, Allah bagi apa yang aku nak.Terima kasih Allah.

tapi, ada juga perkara atau jalan yang tempuh tu tak semudah yang aku fikir, walau aku ada kecundang aku teruskan usaha dan impian aku.

eh, cita panjang pon macam tak best, 

pada yang belum tengok short inspirational video ni, anda harus tonton, selain sedih& terkeluar air mata, You will get something..


22 Disember 2015

Muhasabah diri.


Padi tadi,
Subuh pon mak yg kejotkan,

masa zaman belajar jam yg kejotkan tak pon kawan cium pipi yg kejotkan,
bila bangun tu,
Mak angin semcam sebab aku selalu lupa nak cuci pinggan kotor dalam sinki sebelum tido,
nasib akulah kena ceramah free,
kebiasaan aku,
cepat saje hilang sabar bila dengar mak naik angin pagi pagi,
iyelah, rezeki masuk rumah waktu pagikan?
tapi,
kali ni aku cuba diam, tak nak melawan,
aku dah banyak buat dosa,
cukup2 lah tu,
aku bangga sebab aku bersabar dan tak menjawab pagi ni.
semoga aku istiqamah dan berubah lepas ni.
Pagi ni,
ayah punya moto takde sebab masuk bengkel,kete ayah pon,
jadi kat rumah ada lagi satu moto,
ayah naik moto tu, JADI?
Moto takde, nak hantar mak pergi keje macam mana?
Mak decide nak tumpang kawan,
nak tumpang kawan tu kena tunggu tepi jalan,
jalan besar dengan rumah lebih kurang 10-13 minit gitu,
aku cakap dengan mak,
Mak,
jom angah teman jalan kaki sama2,
Kami pon jalanlah kaki sesama,
Bahagia tuhan je yg tahu.
Terima kasih Allah,bagi peluang untuk berbuat baik kepada mak,
dah sekerat jalan,
ada kereta org kampung berenti tumpangkan mak,
Alhamdulillah, Allah kurangkan kepenatan mak untuk berjalan kaki. Syukur.
Lepas tu,
Balik rumah, sorang sahabat sent whatsapp
katenya,
dia dah lega sebab dah mintak maaf dengan maknye,
Aku lagi bahagia lepas tahu dia buat macam tu.
Terima kasih kerana membaca,
Jom iindahkan setiap detik hidup anda dengan perkara yg bermanfaat,
Allah sentiasa ada. Ingat tu

25 Julai 2015

POPULAR

HI,


Sejak besar ni jarang pulak aku menaip, dulu kemain eksaited nak jadi blogger terkenal lah konon, tapi pemalas toksah cakaplah.

POPULAR

aku kuat sangat berangan nak jadi popular, dari kecik pulak tu.

haha, tidaklah. Aku ni mengimpikan untuk dikenali je. Kang kalau jadi popular payah pulak dah hidup ni.

teringat masa masuk U dulu. AIM aku, Nak jadi MPP. Peh kemain besar cita-cita. Tapi separuh jalan, bila dah dapat assignment, projek melambak. Hah mane kau nak cekau masa pergi itu ini. Kira aku rasa aku tak de support pon time tu, kawan kawan aku macam tak berminat je. Tapi dah nama tak de rezeki nak buat macam mana ye. Takdir aku untuk jadi pelajar biasa yang popular dalam kelas aje gaknye. Tapi bukan ke aku boleh berusaha ke arah tu? tak nampak pulak usaha aku tu. hahahahaha. *nampak tak permain kata-kata aku tu?


Last, masa aku tahun tiga nak tak nak, aku apply jadi LO, aku ada gak ajak kengkawan, sebab apa apa benda kalau kita buat kalau ada kawan benda jadi best. Betul tak? korang jangan nak tipu cakap tak eh?. Memang kawan boleh dicari hat tu gak, tapi at least kalau satu program tu ko boleh heret kawan kawan ko sama, lagi tambah best tau. Boleh buat biol ko, boleh buat sakai ko.


Aku Jadi LO time tu aku sorang je dari gang aku tu. #kawanrapat. Balik ke Sarawak awal dua minggu, sanggup berkorban kau, asalkan cita-cita terlaksana. Bahagia betul perasaan jadi LO ni. Sebab masa awal ko masuk U dulu ko nampak abg abg akak akak dok sarung vase merah hati tu, dok jaga student baru, do jadi fasi lah, inilah itulah. Aku memang minat kerja macam tu. Interaksi dengan orang ramai.

tapi, pada aku berangan tu tak salah, ia sebagai panduan untuk ko capai angan-angan tu. Betul tak?

so, lets berangan.

xoxo,
9oct9
 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI