assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

22 Disember 2015

Muhasabah diri.


Padi tadi,
Subuh pon mak yg kejotkan,

masa zaman belajar jam yg kejotkan tak pon kawan cium pipi yg kejotkan,
bila bangun tu,
Mak angin semcam sebab aku selalu lupa nak cuci pinggan kotor dalam sinki sebelum tido,
nasib akulah kena ceramah free,
kebiasaan aku,
cepat saje hilang sabar bila dengar mak naik angin pagi pagi,
iyelah, rezeki masuk rumah waktu pagikan?
tapi,
kali ni aku cuba diam, tak nak melawan,
aku dah banyak buat dosa,
cukup2 lah tu,
aku bangga sebab aku bersabar dan tak menjawab pagi ni.
semoga aku istiqamah dan berubah lepas ni.
Pagi ni,
ayah punya moto takde sebab masuk bengkel,kete ayah pon,
jadi kat rumah ada lagi satu moto,
ayah naik moto tu, JADI?
Moto takde, nak hantar mak pergi keje macam mana?
Mak decide nak tumpang kawan,
nak tumpang kawan tu kena tunggu tepi jalan,
jalan besar dengan rumah lebih kurang 10-13 minit gitu,
aku cakap dengan mak,
Mak,
jom angah teman jalan kaki sama2,
Kami pon jalanlah kaki sesama,
Bahagia tuhan je yg tahu.
Terima kasih Allah,bagi peluang untuk berbuat baik kepada mak,
dah sekerat jalan,
ada kereta org kampung berenti tumpangkan mak,
Alhamdulillah, Allah kurangkan kepenatan mak untuk berjalan kaki. Syukur.
Lepas tu,
Balik rumah, sorang sahabat sent whatsapp
katenya,
dia dah lega sebab dah mintak maaf dengan maknye,
Aku lagi bahagia lepas tahu dia buat macam tu.
Terima kasih kerana membaca,
Jom iindahkan setiap detik hidup anda dengan perkara yg bermanfaat,
Allah sentiasa ada. Ingat tu

Tiada ulasan :

 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI