assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

19 Julai 2012

entri kelam kabut


hari ini emosi aku sedikit terganggu lah .boleh dikatakan stress .yela buat kerja banyak yang salah hah . lambat pick up loh ! ada je yang aku nak tanya kat akak tu , mesti dia fedup ! dapat budak baru cam ni . 

aku rasa macam nak berenti je . nasib baik lah aku ni berhajat nak beli laptop kan . jadi terpaksa cekalkan hati untuk menunggu lagi 40 lebih hari lagi . sabar wahai diri , sabar sabar ...

lagi satu yang buat aku stress jerawat kat muka aku ni macam lagi teruk je ! entah bila agkanya nak baik tah .. 
xde pantang makan ! ni lah masalah aku . aku belasah je keje lau hadap makanan ni .

dah lah .. dah la ...........

18 Julai 2012

apa yang aku dapat

hari ini ? ohoo .. aku kerja macam biasa , dan aku ingatkan aku ganti tempat kak wani tu dua hari je .rupe rupenye aku masih kena buat kerja yang sama sampai hari hari . hahah . padan lah muka kau ! 


nak tau apa kerja aku ? : dok emnghadap pc dok buat invoice lah ,purchase returnlah . sale . stock .... ayoooo,so many thing kena ingat lah kawan oi . terpaksa menyediakan satu buku khas untuk buat catitan untuk kepala yang mudah ingat ini . 


lagi satu yang paling best , even aku tak dapat borak or gayut hari hari , aku dapat borak or gayot dengan orang dari outlet outlet , macam macam kerenah diorang ni lah . nak cepat lah nak ini lah nak itu lah , dia pikir aku ni robot yang mak bapak dia buat agaknye . 


tang diorang bercakap pulak kejab kuat kejab perlahan , yang macam terjerit pon ada ! hai . saya ni masih tidak pekak lagi tau . 


yang paling tak tahan aku kena buat kerja tu semua kat tempat department lain . kirenya macam menumpang lah , sebab depertment aku tu tak cukup space nak letak aku ni . HR ni bila agaknya nak bawak masuk orang baru . susahlah buat kerja . macam tak cukup tangan je . 


eh , haa . ada lagi satu cerita aku nak share . dua hari yang lepas kalau tak silap aku lah , maid bos bergaduh . yang buat aku gelak gelak : sorang ni MAID INDON sorang lagi MAID CHINA . yang maid cina ni memang tak reti cakap MELAYU au . die cuma pandai cakap perkataan 'TAK PAHAM' je .


babak yang paling menakutkan mase maid indon tu bawak pisau ke parang tah nak tikam si maid cina tu . keadaan ditenangkan oleh WIFE BOS YANG 1ST .

tulah ,seronok jugak dapat kerja ni .dapat kumpul pengalaman :)

16 Julai 2012

Pengalaman Untuk Musim Kerja Aku

بسسم الله الرحمن الرهيم
اسلام عليكم


hai geng . wassuppp ~:) semoga hari hari korang tenang dan bahagia selalu .
aku si penCUTI semester ni ampang main pemalas lagi nak mengUPDATE belog aku ini ha . bukan payah sangat pon kan . banyak je bende yang nak diceritakan tetapi tahap kerajian untuk melayari facebook lagi tinggi daripada melayani belog telah membuatkan aku say gud bye to BLOG . kurang ayu je kan bunyi nye ni . 


setakat hari ini ya . sudah enam belas hari ataupun dalam angkanya 16 aku bekerja sebagai seorang BUDAK STORE . kerja aku daripada menampal nampal barcode sehinggalah la ni aku gayot gayot ( telepon telepon outlet) untuk cari stok . 


untuk pengetahuan korang , aku dah kantoi dah adik kepada HR . ah , biarkan jela , yang penting aku buat kerja aku sebagai BUDAK STORE yang bercita cita ingin bekerja selama dua bulan dengan bersungguh sungguh seterusnya mendapat gaji yang lumayan .


sesungguhnya hari ini aku tersanagtlah pening , kerana ya . akak yang jadi kerani store ni tak datang . GASTRIK katenye . okay . pepagi tu aku pun menjelmakan diri ke dalam bilik ketua aku lalu meminta tolongnya untuk MEMUNCARDKAN aku ,kerana ya aku tidak paham kenapa la kad tu menolak kalau aku masukkan ke dalam mesin tu . Lantas denagn kehadiran ketua aku tu menerangkan aku selama 10 saat bagaimana kad itu boleh berfungsi dengan jayanya . 


DAN , aku rasa masa berjalan dengan cepat sekali hari ini , kerana aku sibuk dari pagi sehinggalah ke petang menelepon orang tak sudah sudah . macam macam kerenah oulet ni . JENAMA spek mate pun macam macam . adoi naik pening kepala aku nak paham orang tu cakap . OAKLEY la ,PORCSHE la .. aduhai . aku orang kampung je mane la nak pakai spek mate jename jename ni . bace pun kurag mane la nak tahu sangat makcik oi ..


seriously , aku suka la dengan hidup aku ini . banyak memberi aku pengalaman bekerja yang pelbagai . yang tukang pelayan kedai makan lah , kerja kilanglah , kerja kedai topup lah , hohoiii ..


impian : duit gaji nak beli laptop 1 . semoga tercapai hasrat aku yang satu ini .
 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI