assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

21 Januari 2016

Hidup di Universiti, ATASI atau BIARKAN



Holla bola, hee Assalamualaikum,

Kini/ baru-baru ni/ Semenjak dua menjak ni, isu PELAJAR U penuh kat timeline facebook, ISU LAPAR. ISU TAK CUKUP DUIT.

Aku tak tau nak respon macam mana, aku pelajar seni, peminjam ptptn,belajar kat sarawak.

Selangkah aku jejak ke U aku ibaratkan dunia baru dimana aku kena berdikari, jejak atas lantai sedau diri. APASAL? sebab aku bukan anak orang kaya pon, sedang-sedang sahaja yang mengharapkan duit ptptn, dah kontang sangat baru mintak PAMA. Tak pon abang.

 SEMESTER BERMULA

Tapak tangan gatal. Oh duit PT dah masuk rupanya. Dah siap-siap tolak yuran RM1000++. Start pembelajaran maknanya start untuk membeli pekakas untuk buat work. Kami budak seni rasanya duit memang banyak habis kat tools sahaja, Bab buku kurang sikit, tapi terpulang kepada individu kalau nak ilmu belilah buku, kalau tak nak. Diam saja. Boleh kira dari mula sem sampai hujung sem tu banyak jugaklah kopak.


KERJA SAMPINGAN

Masa aku kat U tu, dalam kepala otak aku ni memang ligat je cari benda untuk dijual, aku pernah jual tudung, sewa keta,  jual kraf,  jual kerepek. Haha. Ligat! Masa tu aku tak didedahkan dengan usahawan dan aku pun tak cari peluang tu kat U. Kiranya aku banyak jugak makan hasil dari meniaga kecil-kecilan tu.

MAKAN.

Bab makan aku memang letak satu prinsip dimana kalau nak makan jangan nak over sangat. Ada masa aku makan mahal, time penat, time nak raikan kejayaan, time tekak memang mintak sangat makanan tu. NASI AYAM PENYET (RM19-21),NASI KUKUS MAK ENTEK. (RM7-9). Selalunya aku makan nasi dan lauk pauk harga mesti kurang dari RM5. Aku ada kawan sama otak, dan sedar diri masa kat U, kami ni boleh dikatakan berlumba-lumba nak tengok sapa makanan paling murah. Aku penah makan harga RM2. Lauk apa tu? NASI PUTIH,dan sejenis lauk plus kuah. Masa aku belajar dulu tak dak gst lagi (2011-2014) . Tapi masih boleh dapat harga murah kalau kau reti nak berjimat, tahan sikit nafsu makan tu.

Ada statement cakap mana cukup belanja makan RM10 sehari? bagi aku cukup je kalau pandai berjimat.

Student stay dalam kolej.
- Beli rice cooker, kau masak lah dalam tu. Beli lauk dalam RM10 kongsi-kongsi dengan hosmet. Tapi tu tak ikut peraturan eh? haha. Takpe kalau macam tu makan je kat cafe, cari cafe yang paling murah, dan kalau cafe tu harga melampau sangat pergilah mengadu. Tapi macam aku duduk kolej dari sem 1- 4 aku amalkan pemakanan kurang dari RM10. Mesti boleh punya. HENDAK 1000 DAYA TAK NAK 1000 DALIH.

Student outside.
- Paling best sebab boleh masak sendiri, dengan cara tong tong dengan hosmet atau persendirian. Boleh jugak buat perniagaan, Jual Sarapan. Kami pernah buat.

Sebenarnya memang kena rebut peluang zaman sekrang ini, aku percaya sekrang ramai je student yang dah pandai cari peluang untuk sara hidup dekat U, cari kawan yang boleh sama-sama pimpin tangan. 

Yang buat isu ni hanya segelintir.

Dan memang ada yang benar-benar tak mampu dan bukan seorang yang berfikiran kreatif dan kritis, Jadi dalam hal ni memang tak boleh salahkan mana-mana pihak pon. Kalau ada isu tu ada yang ingin membantu #hulurkantangan , yang tak nak bantu boleh diam sebabnya tak ada guna menyalahkan orang. Kena tahu satu perkara yang hidup/jalan kita tak sama tau. Jalan cerita pon lain-lain.

Benda baik sebarkan.
Benda yang kurang enak baik tak payah nak share-share.

Iyelah sebab hari ni, sesuatu perkara tu cepat sangat nak viral, Kenapa agaknya? apa yang silap? hairan.

Stay positif, yang memerlukan perlu dibantu. Yang tak boleh bantu duduk diam, berdoa, usahalah agar kita dapat buat sesuatu kebaikan.

Maafkan, kalau ada salah tulis, ini semua berdasarkan pengalaman sedikit masa belajar.

Apa yang aku nak sampaikan adalah sama sama berfikiran positif, ajak orang ramai berbuat baik, sokong yang baik. InsyaAllah maju semuanya.

Tiada ulasan :

 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI