assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

05 Ogos 2013

Ketentuan atau ditentu?

Assalamualaikum.
tidak tahulah sama ada blog aku ni ada pembaca ke tidak.

cuti yang aku jalani sekarang ini memang macam biasa , seperti cuti sebelum sebelum ini, aku cuma mengharapkan kami adik beradik membesar dengan cepat. Membesar dengan erti lain ialah bercambah usia.

impian aku besar.
impian kamu apatah lagi.
ye dak?

siapa la agaknya tiada impian? Pada firasat aku ini semua orang memiliki impian yang tersendiri.

BAIK DENGAN ORANG

- Kita ni atas muka bumi hanya sementara, jadi kalau berkesempatan mestilah perlu/harus berbuat baik dengan orang, agar satu hari nanti orang pun akan balas kebaikan terhadap kita. Bukan meminta kebaikan dibalas kebaikan, tetapi kalau kita susah nanti in shaa Allah akan ada bantuan yang sampai pada kita.

kenyataan ini untuk diri aku jugak, ialah kitani sebagai manusia tak lari dari melakukan kesalahan kan.

BERBUDI BAHASA

- Yang kurik itu kendi
yang merah itu saga
yang baik itu budi
yang indah itu bahasa

Siti Nur Haliza pun dah menimbun kali sampaikanmesej ni dalam nyanyian dia. Apalagi yang membuatkan kita tak faham?

perkongsian:

- dari kecil samapi dah besar ni , antara satu amalan yang aku tak lupa nak buat ialah tegur orang. Bukan lah bermaksud tegur orang sesuka hati. Kang tak memasal kena sepak pulak, wrong timing nak tegur.

maksud aku tu, tegur orang yang berlapis-lapis. HEE, TEGUR ORANG TAK KIRA LAPISAN UMUR   , contohnya, 

  1. orang kampung yang baru balik dari pasar
  2. makcik/pakcik tukang sapu
  3. pak/mak guard
  4. dan siapa-siapa yang kau rasa perlu untuk ditegur
janganlah pulak nanti, orang yang tak ade mood kau nak tegur. Ye dak? Kena tengok situasi jugak bab menyapa orang.

Ada kawan yang pelik dengan tabiat aku ini, Yela main tegur je kan? bukan kenal pun. Ini masa kecik-kecik dulu mak ayahselalu pesan "kalau jumpa orang tua, tegur". Jadi dah besau terbiase lah kan... Bukan bermakna kami baik, Tapi apa yang bagus baik kita teruskan, yang kurang bagus kita cuba elakkan.

Lagi satu, CUBA korang panggil makcik tukang sapu dekat tempat keje atau kolej korang waktu pagi-pagi..eh,tak kisah la waktu bila pun. Panggil macam ni "MAKCIKKKKKK,selamat pagi... dalam nada yang girang, VOLUME suara dalam nada yang terkawal,"Aku boleh jamin yang makcik tu walau pun riak wajahnye tak tunjukkan apa-apa tapi dalam hati dia mesti suka punya, mesti dia akan rasa dihargai :)

# semoga sedikit sebanyak dapat kebaikan .




Catat Ulasan
 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI