assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

23 Julai 2013

Merogol Minda Kami

assalamualaikum.

kadang-kadang dalam keadaan yang tidak di duga muncul la soalan-soalan yang pelik dan mencabar minda untuk dijawab.

padahal soalan itu berdasar sesuatu yang kita biasa tengok, macam familiar lah dalam kehidupan kita ni.

contohnya

1. buaya ada lidah tak?

hah, soalan ni aku dan kawan-kawan dapat masa pergi order roti canai dekat warong 2000, di kota samarahan. Aiyaaa, sebagai seorang yang digelar pelajar universiti, mestilah orang sekeliling ingat yang kita ni tahu segala macam benda kan? hakikatnya.. banyak benda yang kita masih tak tahu. Dan nasihatnya, jangan berlagak seolah-olah kita tahu benda yang kita tak tahu dan membuatkan orang yang nak tahu tu terpinga-pinga.

#faham tak?

solution kepada soalan di atas :

situasi ini kami hadapi dengan tenang dan ternganga sekejab.Yalah, kita memang tahu kewujudan buaya tu, kami  ni tak PASS pon pasal binatang tersebut. Lepas tu, terfikirlah kami, tapi macam mana boleh wujudnya pokok lidah buaya tu? dalam soalan muncul lagi soalan.

hakikatnya. Tiada rekod lagi yang membuktikan buaya ada lidah. So? macam mana boleh wujudnya pokok lidah buaya?

2. kenapa tahi lalat di tubuh/muka manusia berwarna hitam. Sedangkan tahi lalat berwarna hitam putih. Hahah.. macam nak bagi penampar tak bila dapat soalan macam ini. Bagi aku jawapan untuk soalan ini infiniti tahu tak? kau fikirlah macam mana pon , macam-macam jawapan kau boleh dapat.

untuk aku dan dak mas, eh! bukan setakat kami, mas pergi tanya orang lain lak tu.. hah? berselirat urat otak orang tu nak jawab.

3. soalan ini aku baru jumpa semalam, dekat page pelajar intake baru. Seorang brother ni boleh pulak tanya kenapa UNIMAS ni tidak dipanggil UMS? Kenapa UMS tak di panggil UNIMAS?

ayooosh! nak komen apa padan soalan ni... merepek lah :)

tapi sekurang-kurangnya manusia ini kreatif kerana telah berjaya mewujudkan soalan yang membuatkan orang lain terpinga-pinga.NICE


Tiada ulasan :

 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI