assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

23 Julai 2013

Tidak Faham

Assalamualaikum.

Bab mengenali seseorang.

ini topik masyuk.(tak pasti nak mulakan ayat macam mana)

Baiklah macam ini sahaja lah ye, contohnya di alam persekolahan kita mempunyai ramai orang disekeliling dan ditakdirkan satu atau dua orang menjadi rakan baik kita, yang kononya berjanji sehidup semati, kau terjun aku terjun. Susah senang kita harungu badai bersama .

hah? punya lah rapat,akrab tak terkira.

kisahnya macam ini, serapat-rapat mana pun kau dan dia, aku pasti kau belum cukup mengenali dia sebetul-betulnya. Ini aku jamin.

Ada terjadi pada aku.

kisahnya, aku trauma sehingga sekarang, bila mana ingin bertanyakan mood seseorang.

"aku kenal kau dah lama lah"
"kenal lama tak semestinya kau kenal aku sepenuhnya"

yacksss, ayat menusuk jiwa dan rasa. Just you can feel like kena cucuk dengan belati tajam. hee

aku admit yang aku mungkin salah masuk, dan sampai sekarang aku tak kan berani masuk, aku tak nak pisang berbuah 2 kali. Aku lebih suka untuk senyap.

lagi satu. Bila mana kau menganggap seseorang itu sebagai rakan baik kau, dan pada masa yang sama dia tak admit pun kau rakan baiknya, apa kau rasa?

untuk aku yang sensitif ini rasa amat pilu tapi sekadar melemparkan senyuman sahajalah.

untuk aku, mungkin aku sendiri yang tak perasan tindakan aku terhadap mereka sehinggakan mereka perlakukan kan aku begitu. Tapi tiada seorang pun yang menegur tindakan aku, tiada seorang pun yang memberitahu salahku. Bagaimana untuk aku sedarinya.

Ini salah satu masalah yang kritikal bila mana kita perasan akan salah seseorang itu, tapi kita takut untuk memberutahunya.

cuma itu.


Catat Ulasan
 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI