assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

03 Januari 2013

Kekasih Gelap

assalamualaikum
selamat petang.

Tajuk yang tak boleh bla...bla..bla..blaa

lumrahlah dalam kehidupan ini perasaan ingin disukai dan menyukai. Asalkan pandai kawal diri dan perasaan itu. Nak nak sebagai seorang remaja lagi ha, Mana taknye,life kat universiti yang hari hari hadap ratusan manusia lalu depan mata, tak ke meroyan *statement aptb  

Jenis aku kalau dah suka seseorang 


  1. cari facebook : kenyataannya kalau mencari je kerja memang tak kan jumpa,dan akan berjumpa bila kita tak mencari sesuatu itu, inilah kehidupan benda yang kita kejar memang payah nak dapat,benda yang tak dikejar tu kadang kadang ada depan mata.
  2. Stalker habis-habisan: lantaklah pada orang nak kata atau cakap macam mana pun,kita bukan buat salah pun, kalau boleh aku nak tahu pasal dia,maksudnya background dia lah kan.
  3. buat keputusan : kalau hasil dapatan itu mendapati si dia bukanlah yang dicari,cuba tinggalkan rasa suka tu tepi tong sampah. 
  4. tapi kenyataannya,nak hilangkan rasa suka pun payah jugak.
  5. caranya: buat terapi diri dengan buat solat sunat waktu malam,lepas tu baca ayat suci Al Quran.In Sha Allah, tak banyak sikit pun kita dapat lupakan orang yang disukai secara senyap senyap itu .
  6. ini cara aku.
ini merupakan post berani mati aku,dimana mengeluarkan kenyataan tentang rasa suka aku tu, annoyingkan? itu bukan masalah besar sangat sebab aku yakinlah sangat yang bukan aku sorang je rasa macam ini, cuma blog aku ini lebih pada personal,jadi kalau rasa macam tak suka tu just go lah dari sini.



02 Januari 2013

Rahsia Bulan Januari

assalamualaikum.
selamat malam.

januari,
aku berbicara sendiri
tentang apa yang diperkatakan aku tidak pasti
ia menyeluruh
merangkumi jangkauan minda
akal berpusing,
menari mengikut irama dan lagu didendangkan
rentak yang diseragamkan
alunan yang mendayu
ah,
aku hanyut lagi dalam kesesakan nafas dunia
dunia sementara

apa yang ditenungkan
dibayangkan,semua sudah berlalu
yang lepas tidak mungkin kembali
jangan kenangkan dahulu
jangan nantikan hadapan
lalui sekarang
ia cabaran
ia getaran
ia cetusan
ia rangsangan

jangan hanyut lagi
fikirkan rentak yang dirimu
hidupmu ke arah mana
21 tahun sudah pergi
meninggalkan sejuta realiti

januari,
ini kali ke 21 kali,
aku berjumpa dirimu
yang depan aku tidak pasti
adakah masih ada lagi

anuari,
aku anggap ini yang terakhir
supaya aku lebih menghargai setiap detik yang ku lalui
istiqamahkan diri
demi sebuah destinasi
yang ku impikan


#selamat di ulik mimpi.


my beloved gang!
4ever
in sha Allah


Pintu Terkunci Dari Dalam

Assalamualaikum.

permulaan 1 januari 2013 memang seronok tahap raja majapahitttt .

ceritanya macam ini, 31 Disember 2012 , 5 lebi macam tu bestie mese ajak pergi makan, waktu tu hujan hujan tak berapa nak lebatlah kan, aku yang sedang duduk buat final projek ni pun bersetujulah dengan ajakan mereka. Terkocoh-kocoh kerana diorang dah siap,cuma aku e yang tak bersiap lagi, GELABAG GELABAH, solat, siap siap lepas tu ambil payung terus je keluar sambil tangan gedik kunci pintu. Setapak maju ke hadapan, WAH! ini gila, aku lupa ambil kunci, macam mana nak masuk, pejabat dah tutup kot.

Redha redha. Pergi makan makan sat, dah magrib macam tu , kami orang baliklah, lepak rumah member sekejab, lepas solat terus pergi rumah aku untuk OPERASI PECAH PINTU. *sound like a errrrrrr ek?  . 

pendekkan cerita serabut ini. Ambil pemadam api yang warna merah tu kan? Tahu kan,hee~ HENTAKkan kuat kuat di tombol, MASYAALLAH,bergegau seh apartment aku tu, buat rilex sahaja, bajet macam senior sangatlah, kalau tahu dek felo memang sah kena tentang tang tu jugak.

Punyalah cuba banyak bayak kali tapi memang dah nama tak dak rezeki kan, Memang tak dapat bukak langsung,habis bagai guna kad la,dawai la, dah nama tak pro memang satu pun tak berguna.

Malam 1 jan tu tidur rumah member la gamaknya, layan movie sampai pagi buta, nak lepak kat ambatan cinta tapi memang tak dapat la,ramai geng duduk luar. Sodih sikit je.

Pagi 1 jan tu ingatkan pejabat bukak lah,punyalah semangat tunggu kat depan pejabat dalam 15 minit macam tu, tapi tak buka jugak, telefon mak,then cakap dengan mak. AKU PELIK, kenapa mak aku tak kerja hari ini! OPPPSSSS, cuti tahun baru lah kawan.

memang hebat,pejabat tak bukak, penyelia kolej tak jawab panggilan aku, apa nak buat .

THINK THINK THINK .

yes! idea berani nak mati sendiri .

aku panjat tingkap. GILA TAK SOPAN.


nampak tak yang aku tunjuk anka panah bahagian atas tu, yes itu ialah tempat yang aku gunakan untuk berpaut . Kalau aku tak pegang tu , mahu aku boleh teratuh dengan pijak atas papan yang sangat sangat tak kuat tu,OPPSS


papan yang ni yang aku maksudkan! pandai pandai lah korang baynagkan ye.

Itu jalan terakhir, sebab, ingatkan nak panat dari tingkap rumah orang sebelah, tapi langsung tak dak respond. Gila sombonglah. Malas nak layan. So ,cari alternatif diri, kalau jatuh mahu patah kaki wey...

#don't try this action beb.

Segunung terima kasih aku untuk member yang tumpangkan rumah dan bagi support masa aku panjat tu. Really appreciate it.

last from me : hidup ini kena berusaha memikirkan jalan untuk keluar dari masalah, kena bersabar, tapi dalam masalah aku ini, aku jenis takreti bersabar sebab takut work aku keras nanti dah tak boleh nak create apa lagi dah sebab dah keras. Yes, i know,kalau korang nampak aku time tu mesti akan berpersepsi burukkan,tengok perempuan buat ala ala pencuri,even sekarang pun korang baca entri ini akan berfikiran 2 3 macam. Its okaylah, :)




 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI