assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

15 Jun 2012

Muke Cool Tapi Hati BEnjol

assalamualaikum


dengan bangga dan suka hati nya aku , eh bukan aku tapi kolej cempaka yang ku cintai keluarkan senarai jaya untuk kolej sem depan : aku punya nama tak de mean ? aku tak layak la ni ek? hahahaha


begini la nasib diriku yang beruntung ................


tak tahu nak gambarkan perasaan ni macam mane ? 


harapan aku yang tinggi menggunung ni sabtu ahad ni aku nak buat surat rayuan yang mantap agar pihak kolej menerima kehadiranku lagi di CEMPAKA aum aum aum ni .. 


sebab tak nak duduk luar ? 



  1. jauh perjalanan menuju ke bengkel seramik(susah nak buat kerja nanti)
  2. tak suka tunggu bus
  3. leceh bila hari hujan
  4. jadual perlu diawalkan 
  5. kena bayar duit sewa setiap bulan
  6. susah
  7. susah
  8. susah
  9. tak suka
  10. leceh
nampak tak ? kadang kadang rasa macam best duduk luar tapi bila difikirkan dengan tuntas dan bernasnya ,dan kata sepakat pun telah diambil memang sangat tak best duduk jauh . 

pesanan dari pihak penaja : rajin rajinlah membuat aktiviti kolej ni , jangan malas malas .nak sesuatu kena korbban sesuatu . zia ros ambillah iktibar dari setiap yang dah terjadi pada diri kau ye . wahai encik blog peneman pencatit setiaku ...hahaha .. 

sedang sedang aku taip ni dapat lah mesej dari seorang sahabatku yang bagi kata kata semangat lagi ha .. :) jangan risaulah ziaros kuat cuma perlu dengar kata kata semnagt lebih agar menjadi lebih tabah menerima segala keputusan.

bak kata kata ini pun 
    

be strong , dont worry if you failed plan A theres 25 alphabets more.
mean ? aku kena buat surat rayuan cepat cepat .. agar aku mendapat tempat ..

14 Jun 2012

Techno SERAM

assalamualaikum ..

ternyata exam technology seramik tadi sangat menggerunkan aku . seram sejuk ank tahu keputusannya nanti . berapakah agaknya ?

lepas je exam tadi aku terus membuka nota untuk melihat jawapan . entah betul entah salah yang aku jawab tadi .haha . kemudian turun tangga sampai ke level LG untuk meneruskan projek akhir yg hampir siap dah. dengan GLAZE yang belum dicampur lagi .


gambar ni saje je .. heee.
ni bukti sayangkan TAP


Dia Muslimah

assalamualaikum


ini cerita semalam bila aku dalam perjalanan pulang ~


dalam pukul 4 lebih , aku ke pavillion (name kafe kat UNIMAS) untuk keluar duit . tapi malang duit belom masuk lagi . :( its okay la , then jalan jalan jalan dan teruskan perjalanan sambil baca nota video art . Mase tibe dekat jambatan aku tertembung dengan seorang perempuan yang dari jauh dah tersenyum . aku ingatkan dia tersenyum dengan kawan dia kat belakang aku . tapi makin dekat dan dekat aku rasa memnag dia senyum pada aku lah . YAKIN ni ... sugguh! hee .. dah hampir dengan aku dia pun senyum lagi lalu memberi salam pada aku . Wah .. time tu aku rase macam nak pergi terus sebelah dia sambil menghulurkan salam perkenalan lah . untunglah dapat kawan dengan dia . cantik ,manis,sopan,tudung labuh . PERFECT pada pandangan mata aku . 


Pastu aku teringat pada ceerita sorang classmate aku ni *perempuan jugak . Sebelum tu , aku ank bagi tau yang kat sarawak ni tahap kepanasan dia sangat WOW . 


okay ,mulakan cerita pasal kawan aku yang sorang ni . dia berjalan seorang diri menuju ke kolej/ke kelas , dia tak bawak payung dan hanya berbekalkan tudung untuk memayungi kepalanya . Lantas apabila munculnya seorang gadis yang perwatakan seperti ceritaku diatas , melawan untuk memayungi kawan aku tuh . then , kawan aku tu macam sedikit terkejut lah *dalam hati ,baiknya dia* kawan aku tuh cakap bukan sekali  dia berjumpa dengan orang macam tu ,lepas tu dia ada berjumpa lagi , tapi ni dalam waktu hujan pulak . Bertuahnya badan dapat berjumpa dengan mereka mereka yang macam ni.


dalam hati terdetik nak jadi macam mereka . :) 


doa : semoga aku boleh jadi macam dia nanti.
 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI