assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

09 Januari 2013

Seramik Kreatif

ini yang aku belajar semester ini.

apa yang aku rasa bila dah nak habis semester ini tentang subjek ini. Seriusnya aku blur sedikit sebab lecturer selalu tak ada, dan aku tak boleh nak salahkan lec sepenuhnya sebab pelajaran ini bergantung pada diri sendiri jugakkan, kalau rasa nak pandai lebih tu, stay la dekat library dan pulun lah segala mala buku yang berkaitan dengan subjek itu.

belum siap sepenuhnya. Sebab kee ini memerlukan ketekunan yang gila gila. 

dan aku dengan bangganya dah dapat mengenal pasti masalah dan punca utama. Dan ini akan memudahkan aku buat degan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Air Asia,10 000 tempat duduk percuma?

assalamualaikum,
salam satu malaysia.

haha. ni ha yang dok kecoh sangat pasai tiket murah,tiket murah, apa kome dok sembang pun aku tak faham, tapi bila dah orang post sana sini, google translate bagai, aku mulalah faham sikit-sikitkan, Then, nak jadikan cerita aku pun pergilah usha web air asia. pergi cek harga tarikh aku balik tu.

AKU MACAM NAK JERIT KUAT KUAT.

sebab ?


okay. Sila gambarkan perasaan. :)

itulah nak menyesal pun. NASI DAH SELESAI JADI BUBUR.

anggap je tak de rezeki .

WAH,positifnya aku.

untuk pengetahuan, Offer ni buka hari ini je, besok dah boleh cakap BYE2 dah. So,sape sape yang free tak kira masa tu bolehlah duk usha usha tarikh mane yang free, then pergi le melancong, Walaupun dalam negara sendiri.





05 Januari 2013

my ambition is



السلام عليكم

selamat sejahtera awak awak semua.

macam mana hari ini? sehat? jauh di mata dekat dihati
*macam nak tulis karang tak rasmi untuk kawan yang jauh di mata pulak ek?

abaikan...

berbalik pada tajuk aku di atas tu, ambition a.k.a cita-cita.

mengimbau kembali zaman kanak-kanak

masa tu umur aku dalam lingkungan 7-9 tahun la kan, hobi masa umur umur macam tu, lepas balik sekolah je terus pergi main, masa tu mana ada sekolah petang lagi kan,urm...maksud aku sekolah agama(kan waktu petang). So,balik balik salin baju terus jerit "mak,angah nak keluar main" (*lebih kurang macam tu la,dan setiap hari pasti ayat yang lain keluar).

dah nama pun duduk kampungkan, pasti la muka ni semacam comot gila kentang. Eh,lari pulak dari topik, kan tadi dah habak nak cakap hobi masa umur 7-9 tahun tu kan?. haaa..waktu tu selalu main cikgu-cikgu, pengantin-pengantin, kejau-kejau a.k.a KEJAR-KEJAR, dan etc.

bab main cikgu-cikgu tu la berangan, kalau masa tu aku jadi murid, cikgu olok-olok tu pasti tanya,

 cikgu olok-olok: AZIAH,DAH BESAR NANTI AWAK NAK ADI APA?."

haha... aku jawab

aku: DAH BESAU NANTI SAYA NAK JADI
-doktor
-cikgu

kan?kan.... aku rasa kebanyakan budak-budak,masa umur macam tu cita-cita dia mesti lebih kurang sama ja, tapi bukan semua sangatlah.

bukan setakat main cikgu-cikgu, masa kat sekolah pun cikgu betul-betul pun dok tanya "awak nak jadi apa dah besar nanti?" .

jawapan, mesti nak gah,lebih senang cakap semua nk jadi orang yang bekerja bidang profesional la.

BILA DAH UMUR 20an ni...

dah dapat bidang masing-masing,barulah tahu mana nak pergi,apa nak jadi. Tapi kena ingatlah, kita sebagai manusia ini hanya mampu merancang e,selebihnya, kita serahkan pada yang Maha Kuasa.

DESTINASI AKU?....

aku budak art a.k.a budak fine art. Orang akan tanya aku nak jadi apa nanti, ada kerja ke..

aku jawab in sha Allah,kalau ada rezeki pasti ada kerja untuk aku nanti.

adakah ini jawapan yang menunjukkan seseorang itu kurang yakin?(aku sendiri pun tak pasti,sebab aku percaya,kalau kita dah berusaha,lepas tu berdoa,ada rezeki yang bakal menunggu kita nanti, walaupun bukan dalam bidang yang kita belajar, kerana rezeki kita kan dah ditentukan, anggaplah apa yang kita belajar di IPT sebagai bekalan ilmu untuk kita survive dalam bidang pekerjaan nanti.

oppssss,kalau boleh banyak lagi aku nak cakapkan pasal cita-cita ni, tapi agak kekangan masa untuk menaip ini,sebabnya aku sedang mencuri waktu belajar,NICE KAN?

hope you will get what you want.

okai..see you again my lovely blog.




 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI