assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

27 Julai 2013

Tidak Dapat.Sila Redha

Assalamualaikum.

pertama tama sekali aku masih menelaah ilmu blog ini walaupun aku dah berkecimpung sejak 2011. Luas sungguh segala ilmu dunia ini, Meruntun minat yang mendalam untuk ilmu ini. Berkepit dengan keyboard, coding-coding sungguh mengasyikkan jiwa dan raga sampai sanggup bersengkang mata, semata-mata nak belajar tutorial tu ha.

okay, pendahuluan tu :)

sekarang kau nak bicara tentang 'tak dapat benda yang kita nak?'

Dalam hidup ini terlalau banyak yang kita inginkan, sejak dari usia kanak-kanak sampai umur sekarang. kan? ini satu fakta yang tidak dapat dinafikan. Benda yang kita mahukan tu tak kire lah dari dalaman sampai luaran lah.

sebagai aku sekarang ini,
daripada kecik sampai besar ni macam-macam yang aku nak tu ada yang tercapai hajatnya ada sampai sekarang tak dapat-dapat. Nak buat macam mane ye, bukan milikku.

aku ni jenis yang suka lah sangat plan hidup aku, setiap tahun ada je carta alir untuk aku tengok perjalanan aku dah sampai mana, apa yang aku impikan tercapai ke tak, dan jalan kehadapan , macam mana aku nak susun, macam mane aku nak harunginya.

amboi,macam complicated ye.TAPI.

terlalu banyak aspek 'benda' yang ingin dibincangkan.. tapi aku nak sentuh pasal pelajaran.

kita telah melalui banyak stage untuk sampai tahap dimana kuta berada sekarang. UPSR,UPKK,PMR,SPM,STPM,MATRIK,ASASI,UNIVERSITI...

dalam setiap ujian yang kita ambil tu, mesti paling tidak ada sahaja impian yang kita selitkan untuk suatu stage tu kan? persoalannya sekarang antara dapat capai atau tidak. Bagi aku, dimana kau dicampak menunjukkan dan membuktikan disitu rezeki aku,itu jalan aku. Setiap tempat aku pergi ada hikmahnya.

Fenomena sekarang, ramai yang dapat belajar dalam bidang yang mereka tak pernah teringin untuk belajar. Ya itu masalah. Rumit jugak nak selesaikan.

contoh 1:

si polan ini mempertikaikan selalu tentang bidang yang dia belajar sekarang, tapi hakikatnya pada pandangan mata orang lain dia mampu buat, cuma maslahnya ialah dia tidak menanam minat. Seperti yang terjadi pada aku, pada tahun lepas aku dilema dalam memilih major yang aku inginkan,masalahnya aku minat yang lain tetapi dapat yang lain, jadi aku kena pasrah dan ikut je flow walaupun pada awalnya menderita. Ikut kata Lecturer aku 'minat itu boleh ditanam,nak tak nak bergantung pada diri si penerima tu'
Segalanya bergantung pada diri sendiri sama ada kau mampu buat atau tidak,keadaan yang keterpaksaan itu akan membuatkan kau gembira kelak kalau kau menikmatinya sebaik mungkin.

pokok pangkalnya sekarang , kita perlu REDHA. redha dengan ketentun ALLAH yang penuh dengan rahsia.

Setiap ujian yang datang pada kita itu ada hikmahnya nanti, antara sanggup tunggu dengan tidak sahaja.



Tiada ulasan :

 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI