assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

12 Jun 2013

Kau Elaklah Ego


 assalamualaikum,


melintasi semalam,
aku mengeluh.Hampa sebenarnya,
bergolek akal fikiran,
mencari sekelumit kekuatan dalam ketakutan,
mendiskripsi segala kelemahan,
yang patut digunakan,

yakinlah,
aku sebenarnya masih tidak tega,
masih belum mampu,
meneruskan agendaku,
keegoaan yang tersemat,
sudah cukup membuatkan aku dirasuk,
dirasuk sehingga jatuh,
kesedihan menggodam jiwa,
aku hampir pasrah!

ya,
wahai kau,
berilah jalan untuk dirimu,
bebas dari rasa itu,
jangan lokek membongkok,
tiada siapa yang menahan gelak ketawa atas itu,
marilah aku tunjukkan jalan untukmu,
duri dibajumu terlalu tajam
sehingga tiada sepatah yang berani lagi aku muntahkan.

#hingusan
Catat Ulasan
 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI