assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

19 Januari 2013

Adap dan Hak Seorang Teman dan Sahabat

السلام عليكم

سلامت مالم

malam ke empat habis exam,
masih lagi tercongok di kolej,
menunggu detik kepulangan ke kampung halaman,
walaupun berat ingin meninggalkan sini,
tetapi akibat jeles! aku tak sabar nak balik.

kembali kepada tajuk yang atas tu,

seperti yang kita tahu mereka merupakan antara penyumbang kepada kejayaan dalam kehidupan kita,yela. mana tak nya, contoh ea aku bagi sebagai seorang pelajar dan pastu stay kolej lak, dari pagi sampai ke malam dah tentu tentu lah muka kawan kawan je yang kita hadap selain dari buku dan lecturer, jadi kalau dah nama pun berkawan, kita mesti mempunyai adap, agar? agar perhubungan kita dengan dia akan berkekalan, dan kalau ada jodoh bolehlah kahwin ngan kawan kita tu. :p

okay, kembali kepada adab

sini aku senaraikan beberapa adab dalam buku yang kau baca ini.


  1. memberi salam ketika bertemu :
السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

     2. menziarahi ketika sakit :

jangan lah hang pa semua kejam sangat kalau kawan tu tengah sakit, even demam demam manje datanglah jenguk jab, biasanya orang yang tengah sakit ini minta belaian tau, jadi kalau diorang tu mengada-ngada sikit jangan pulak hang pa bagi penampaq kat mereka, menangis sampai hentak hentak kaki nanti.

    3. mendoakan ketika dia bersin :


    4. sering menziarahi ke rumahnya kerana menghubungi persahabatan kerana Allah semata-mata.

    5. membantunya ketika waktu susah

    6. menerima undangan jika diundang ke majlis atau ke rumahnya

    7. memberi tahniah pada bulan bulan dan hari raya

kalau macam aku, aku selalu bagi kawan kawan aku kad, dalam tu aku letak kata2 best ke, semua kata kata tu aku kutip dari google. :)

    8. saling memberi hadiah pada upacara upacara dan hari hari tertentu

hadiah ni, time birthday diorang duit akn dikumpulkan dan beli kek :) + tepung (tapi kadang kadang je)

    9. membenci sesuatu yang tidak baik baginya sebagaimana anda membenci sesuatu bagi diri anda

   10. sama sama bergembira ketika senang,dan sama sama bersedih ketika dia bersedih

   11. hendaklah anda sentiasa memelihara nama baiknya ketika waktu hidupnya dan matinya

   12. hendaklah anda berbakti kepada anka isterinya serta kaum kerabatnya ketika hidup dan matinya

itu sahaja :)

some people said :

sharing is caring.

and i, continue the sentence :

caring is loving,
loving is couple,
couple is trouble,
trouble then clash,
cari baru :)



Tiada ulasan :

 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI