assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

24 Februari 2012

1 week ~

seminggu sudah ~
assalamualaikum ..
salam sejahtera saya ucapkan ..
hari jumaat pun tiba .. penghulu segala hari .. setamat kelas prep tadi bergegas ke kafe kolej untuk melantak sedikit makanan .
yang menjadi pilihan sebelum tengahari tadi ialah roti canai (2 keping) . Seminggu yang kurang kerja lagi . tiada lagi projek berat berat cuma sedikit tugasan comel yang perlu dilangsaikan .

task : mencari maklumat tentang seramik ..

mood : gumbira bersama teman teman tercinta


21 Februari 2012

MuluT Kambing ~

ketawa seharian ,
sebulan yang terpisah  bila kembali riuh gila.
aku sangat suka situasi yang macam ni , bergelak bagai nak gila . bila kekecohan bermula tak tahu bila nak sudah .seawal minggu ini memang asyik kena panah je sebab duduk belakang ..

kawan,
kau hadir sagaikan lampu suluh minyak tanah rumah lama nenekku ,
tanpa kau hidupku kesunyian bagai hidup dalam loker besi kolejku,
kau bagiku adalah monyet , kuda dan kambing gilaku ,
megembek tak kira masa,
berKEDEKUK KEDEKUK laju gila nak mampos,
terkinja kinja bagai monyet mendapat pisang
dan sebagainya...
hahaha ..
dek kerana si aedy menyebut nyebut pasal zodiak
aku dah terbahak bahak ingatkan balik ..

kawanku ,
janganlah kau pergi tanpa relaku ..
janganlah kau nangis seperti aku ..

p/s : minggu belajar dah mula ... focus focus ... !!

Si Kidal

aku kekonfiusan dek kerana jadual yang masih tonggang tabalik lagi nih ..~


aku si tangan kidal ,
menulis kerana aku suka ,
berblog kerana ku cinta ,
jari jemari menari nari kesana sini ,
sesampai jenuh baru berhenti.

 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI