assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

17 Februari 2015

RASA HATI

Assalamualaikum

Dah berhabuk sakan dah blog aku ni, even tak de reader aku rasa aku patot menulis balik bagi hapuskan kisah dramatik yang bersarang ni.
Hidup aku yang lima bulan duduk tanam anggur ini membuatkan jiwa aku meroyan sakan dan asyik buat dan fikir perkara yang lagha.

Berbekalkan ijazah sarjana muda seni gunaan dengan kepujian ini aku masih belom dapat kerja yang aku inginkan.  HAHA.  Aku memang sedang ketawakan diri aku sebab aku tak dapat capai apa yang aku nak.  Mungkin sebab aku tak cukup belajar masa zaman universiti., mungkin jugak aku tak dapat bentangkan apa yang aku ada masa interview,  mungkin jugak aku masih belom layak nak kerja dalam bidang yang aku nak.

Dalam benak aku ni ada menimbun plan for future au. Paling utama sekali aku nak berbisnes, tapi malangnya idea aku ni tak mendapat sokongan dari parent.  So how la?.... Take a deep breath....  Dan continue dengan plan lain...  Kerja je ape ape,  kumpul duit then pergi kumpul ilmu ilmu untuk kejar impian.

Ada orang memang tak faham kehendak kita,  yooo...  Cakap pasal life ni...  Aku punya life tak sama macam orang lain.  Yang sama tu mungkin 10% je kot.. 
Aku suka dengan perjalanan selama 23 tahun 4bulan ni sebab aku dah jalani pelbagai ujian yang biasa biasa.  Aku anak adalah seorang manusia yang suka memberontak kalau ada sesuatu yang tak sedap mata, telinga aku tengok dan dengar. Kang saje saje je mulut pedas aku ni jalankan kerja.  Eh,  aku bukan suka suka,  ada sebabnya.

Zaman sekolah sampai zaman universiti paling koman aku mesti ada gaduh dengan orang,  macam benda wajib berlaku lah. Aku okay je,  yang pergi,  biarlah pergi jauh jauh dan jangan datang dekat lagi,  yang sekali datang,  tak pergi pergi tu aku banyak jumpa masa di U,  mungkin masa ni masing masing dah jumpa suiz jadi matang dalam berfikir. 

Nampak macam banyak sangat aku nak bercerita,  tapi cerita aku tonggang langgang pulak,  jadinya aku decide untuk stop sebelum banyak lagi cerita mengarut keluar,  biar aku rehat sejenak dan nanti aku muncul balik dengan timeline cerita aku ye.

9.35pm
Ms. A
Catat Ulasan
 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI