assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

24 Februari 2013

Kerja Part Time

assalamualaikum.

ada entri tapi perap lama lama, samapi basi barulah teringat! hampeh.

hari ini merupakan hari terakhir percutianku di kampung sendiri selama 1 bulan 3 hari. Percutian yang bermakna ini telah aku habiskan sehabis baik, dimana aku sempat bekerja, sempat berjalan, sempat berjumpa kawan, sempat duduk dirumah, eh macam macam sempat lagilah.

Kali ini, pekerjaan biasaku itu agak lumayan, kerana aku telah ditawarkan bekerja di kedai yang lebih besar dari sebelum ini, total hari aku bekerja ialah = 8 hari. Jumlah wang yang terkumpul pula alhamdulillah, cukup cukup beli barang idaman aku. Sekurang kurangnya terlepaslah dari mintak duit dari mak ayah. Jimat duit diorang.

opss, aku kerja di ikan bakar umbai, jarak dari rumah cuma 5 minit je, kali ini pekerja lebih ramai dari biasa, kerja aku keseluruhannya sangat senang, sebab aku kerja tuang kicap lepas tu hantar kicap, orang dah habis makan kemaskan meja sampai bersih berkilat kilat.

Budak budak lepasan SPM la yang conquer kerja dekat kedai tu. Lelaki la kebanyakannya.

credit : google image

tempat ini agak famous jugak, siap ade masuk paper lagi. kalau berkesempatan tu singgah le sini. Tapi jangan datang time cuti yang orang ramai cuti sebabnya DARAH akan cepat naik nak tunggu makanan samapi, tapi takdelah lambat sangat. Cuma ada segelintir pelanggan yang tak sedar diri, dah datang lambat lepas tu enak enak je nak dapat makanan awal. :)

Selain tu, bukan sahaja dapat menikmati makanan yang lazat, korang jugak dapat menikmati pemandangan laut , dan sebelah kedai tu dah macam zoo monyet. Eh payah lah nak cerita, pendek kata menariklah. Cuma korang perlu datang dan merasai sendiri.


ini ha HARIMAU. Besar penangan harimau ni kat monyet monyet yang nakal tu. Pantang lepa letak makanan pasti dia pun ibarat tuan empunya hidangan tu. Ngacau ngacau.


ini ada titi ke nak panggil jambatan? haha.. korang boleh jalan situ sambil menikmati pandangannye la. Mana tau nak usha monyet ke kan?


waktu ni monyet tak dak sebab budak kedai dah baling mercun jadi bertempiaranlah monyet tu. Cantik tak ? so dalam masa korang makan makan dapatlah tengok benda yang cantik dan menarik. Boleh tambah pahala kalau korang menghargai ciptaan Allah ni.

okay okay, stop sini.

banyak lagi cerita menarik. Tunggu balik u. baru boleh menaip lagi.

ketemu lagi. tradadada.

lot of <3,
zia.




Catat Ulasan
 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI