assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

15 Januari 2013

Perlukah Mencemburui Rakan.

assalamualaikum.
hadirin dan hadirat yang dimuliakan:)

macam nak bagi speech pulak ye.



hari ini , semalam
assessment berlangsung,
berdebarnya jiwa, berdetak-detaknya jantung,
tiada siapa yang peduli, tiada siapa yang kesah,
yang menanggung hanyalah diri sendiri,

hari ini, semalam
tidur lintang pukang,
lantaran kerja ibarat setinggi gunung kinabalu,
desakan ilmu dan pointer,
mengakibatkan diri sukar berfikir enak,

bukan aku sendiri,
bukan aku sehaja,
berkongsi rasa ini , berkongsi rasa itu,
ini semua kisah semua,
yang merana dek kerja akhir masa,

hari ini,
debaran kian terasa,
kerana segalanya dinilai
segalanya diperhalusi
sehingga menerbitkan kesimpulan
di atas segala kelemahan.

jiwa bergetar ,
jiwa kaku
jiwa parah

adakah aku mendapat perhatiannya?

oh, silap.

benar tekaanku,
pabila sekalipun namaku tidak tercalon dalam senarai itu,
perhatianku semakin lari,
pergi jauh dari destinasi,
bukan aku mengalah,
tetapi aku bangkit!
mencari haluan yang memberi definisi,
yang ingin mengatasi level kini

Biar keadaan menentu segalanya,
yang berat biar aku pikul sendiri,
yang ringan biar aku bawa sendiri,

bukan ego yang aku pertahankan,
bukan sombong yang aku cipta,

aku benar-benar tercabar dengan kedudukan aku sekarang,
yang langsung tiada memberi kesan maksimum
dalam mempertingkatkan,
merealitikan fantasi .

biar aku gundah setiap ketika
asal aku berdiri sendiri
mencari kesimpulan yang abadi.

Tiada ulasan :

 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI