assalamualaikum
dalam hidup ini penuh dengan onak dan likunya,hidup jugak seperti roda kejab kejab kat bawah kejab kejab kat atas,kejab kejab suka kejab kejab duka,semua tidak sempurna ,kesedihan,kegembiraan rempah dalam kehidupan,ingat Allah~ DIA pasti akan membantu kita walaumacammane sekalipun

16 Januari 2013

Fenomena LISTEN! LISTEN!LISTEN

Assalamualaikum...

al-kesah berakhirlah perjuangan aku untuk semester tiga a.k.a 3 di unimas. In sha Allah akan meneruskan lagi agenda pada musim musim seterusnya.

bukan ini yang mahu dikupas pada lewat magrib ini.

yang bawah ini sebenarnya :


ini video aku amik random je dari you tube tu.  Kalau nak tengok dari mula sampai akhir SUARA MAHASISWA/SISWI ni boleh leh godeh godeh dekat you tube okai.

pada mulanya aku tak tahu sangat pasal ini, kawan kawan facebook, classmate semua dok post benda benda LISTEN 3x .. Tak paham aku!

al-maklumlah, exam pun tak habis lagi nak duduk layan listen ini! malai aku lah.

SEMALAM,aku teringin sangat nak tengok! keinginan yang melampau membuatkan tangan ini ringan untuk mendownload video itu.
DAN, pergi ke GOOGLE untuk mengetahui dengan lebih jelas. 

al-kesah , Kak Pah vs Student tahun dua jurusan undang undang UUM.

hangat kot cerita ni, menjadi bualan masyarakat. Mana tidaknya dah nama pun SUARA mahasiswa/siswi kan, jadi dengarkan jela apa yang student tu nak habak. Sat g hang nak komen hang komen la, ni orang tu belum habis keluarkan segala fakta KAK PAH dah sebok LISTEN!LISTEN!LISTEN. nak tak nak terpakse berhenti student tu cakap.

apa yang tidak memahami aku ialah.OPPSSS.. DAN apa yang aku tak faham ialah :

  1. KENAPA KETIKA STUDENT TU DOK CAKAP PUNYA CAKAP MEMBER MEMBER LAIN DOK "clap-clap" a.k.a " tepuk-tepuk" ?
= bagi aku kalau seseorang yang sedang berhujah kemudian yang mendengar bersetuju dengan hujahan beliau, maka dengan tidak semena mena yang mendengar itu akan menyokong dengan bantuan "TEPUK TANGAN, NADA SUARA YANG MENGATAKAN IYA, dan sebagainya lah". 

     LEPAS TU,

     2. KENAPA KETIKA KAK PAH MEMBALAS HUJAHAN STUDENT TU, yang penonton di hall tu dok sokong hujahan KAK PAH pulak?

setiap pertanyaan KP yang lain dok YE YE. BETUL BETUL

pelik bin ajaib bila mana seseorang itu tidak tetap pilihannya.

ibarat seperti " ditelan mati mak diluah mati bapak" * hai hai betul ke peribahasa yang aku andaikan ni.?

KESIMPULAN AKU

  • mungkin nada yang digunakan oleh student tu membuatkan KP naik angin kot, tu sebab belum sempat student tu cakap lebih panjang KP dah sekat.

  • KP cakap "saya bukan nak malukan awak" . TAPI,hakikatnya,bukankah dia sedang memalukan student india tu depan orang ramai?

  • masing masing perlu mempunyai etika dan kesabaran itu juga sangat penting kerana majlis ilmu tersebut dihadiri oleh orang berpelajaran.*fikir fikirkanlah.

  • dan, sikap yang seperti lalang itu tidak bagus lah :) 

#apa yang aku cakap dan luahkan ini berdasarkan pemahaman dan pembacaan aku, maaflah, aku bukan insan sempurna.


Catat Ulasan
 

COPYRIGHT 2015 © AZIAH ROSLI